Rehla dilahirkan daripada pengalaman peribadi pengasasnya sendiri ketika menunaikan Umrah dan Haji.
Sebagai seorang jemaah, beliau mengalami sendiri cabaran yang turut dihadapi oleh jutaan umat Islam setiap tahun dengan cuaca padang pasir yang panas dan kering, kulit kehilangan kelembapan, bibir merekah, tumit pecah, iritasi kulit serta ketidakselesaan sepanjang perjalanan ibadah.
Namun di sebalik cabaran fizikal tersebut, beliau menyedari satu masalah yang lebih besar.
Sukar untuk mendapatkan produk penjagaan kulit yang benar-benar sesuai untuk digunakan oleh jemaah Umrah dan Haji, khususnya ketika berada dalam keadaan Ihram. Kebanyakan produk di pasaran mengandungi pewangi, alkohol dan bahan-bahan tertentu yang menimbulkan keraguan dalam kalangan jemaah yang ingin menjaga kesempurnaan ibadah mereka.
Ketika itu, beliau menyedari bahawa masalah ini bukan hanya dialami oleh dirinya. Ia merupakan jurang yang dihadapi oleh jutaan jemaah Umrah dan Haji di seluruh dunia.
Daripada persoalan inilah tercetusnya satu misi:
Mengapa tiada produk penjagaan kulit yang dibangunkan khusus untuk memenuhi keperluan sebenar para Tetamu Allah?
Maka lahirlah Rehla.
Berbekalkan hasrat untuk membantu para jemaah beribadah dengan lebih selesa dan yakin, pengasas Rehla telah bekerjasama rapat dengan Prof. Madya Dr. Zul Helmi Rozaini dan pasukan penyelidik tempatan bagi membangunkan formulasi penjagaan kulit yang menggabungkan sains, teknologi dan nilai Islam.
Kajian tersebut membawa kepada penerokaan potensi luar biasa Daun Gelam (Melaleuca Cumingiana), khazanah biodiversiti Terengganu yang kaya dengan sebatian bioaktif semula jadi.
Ekstrak Daun Gelam mempunyai sifat antioksidan, anti-radang dan antibakteria yang membantu melindungi, menenangkan serta memulihkan kulit yang terdedah kepada cuaca dan persekitaran yang mencabar sepanjang perjalanan Umrah dan Haji.
Bagi meningkatkan keberkesanan bahan aktif ini, Rehla turut menggunakan Nanovesicles Technology, teknologi penghantaran bahan aktif termaju yang membolehkan penyerapan lebih pantas dan efektif ke dalam kulit untuk memberikan perlindungan, hidrasi dan keselesaan yang berpanjangan.
Hasilnya….lahirlah Rehla
Inovasi penjagaan kulit yang dibangunkan khusus untuk memenuhi keperluan para jemaah beribadah lebih tenang dan selesa…biiznillah
Berteraskan Maqasid Syariah
Di Rehla, kami percaya bahawa penjagaan kulit bukan sekadar soal kecantikan, tetapi juga soal kesejahteraan dan kesempurnaan ibadah.
Kami percaya bahawa penjagaan kulit bukan sahaja bertujuan untuk menjaga kesihatan kulit, malah turut menyokong kesejahteraan para jemaah dalam melaksanakan ibadah dengan lebih selesa dan tenang.
Setiap produk dibangunkan berasaskan prinsip Maqasid Syariah bagi membantu memelihara:
✔️ Hifz al-Din (Pemeliharaan Agama) dengan membantu umat Islam beribadah dengan lebih tenang dan yakin.
✔️ Hifz al-Nafs (Pemeliharaan Kesejahteraan Diri) melalui penjagaan kulit yang selamat dan berkesan.
✔️ Hifz al-Mal (Pemeliharaan Harta) dengan menawarkan solusi pelbagai fungsi yang praktikal untuk musafir.
Rehla bangga memperkenalkan Daun Gelam (Melaleuca Cumingiana), khazanah botani asli dari Terengganu, Malaysia, yang diperkaya dengan kebaikan semula jadi untuk kulit anda
Dipadukan dengan ekstrak nanas tropika dan dikuasakan oleh teknologi nanovesikel, Rehla memastikan penyerapan pantas, kelembapan mendalam, dan keselesaan yang tahan lama untuk kulit wanita Asia dalam semua jenis cuaca.
Menanggalkan sel kulit mati secara lembut, membantu menyerlahkan tona kulit yang lebih cerah, serta menenangkan kulit dengan sifat anti-radang yang diperoleh daripada nanas.
Melembapkan kulit, menyokong kesihatan rambut, serta membantu melambatkan penuaan dengan kandungan asid lemak penting dan antioksidan yang tinggi.
Menyuburkan kulit dan rambut, memberikan kelembapan serta penjagaan rapi. Ia juga membantu menyokong kesihatan kulit dan keselesaan kulit secara menyeluruh.
Melembapkan, menenangkan, dan melindungi kulit dengan kandungan nutrien serta antioksidan yang kaya, termasuk vitamin E untuk kesihatan kulit secara menyeluruh.
Rehla berbangga menerima pengiktirafan MySTI daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sebagai produk inovasi berasaskan penyelidikan tempatan.
Pematuhan Syariah Rehla pula dibimbing oleh Prof. Madya Dr. Jamalludin Hashim dari Fakulti Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang berpengalaman luas dalam ekosistem Haji dan Umrah.
Sejak tahun 2023, Rehla turut diiktiraf sebagai Sahabat Korporat Haji, mencerminkan komitmen berterusan jenama ini dalam menyokong kesejahteraan para Tetamu Allah.
Hari ini, Rehla bukan sekadar jenama penjagaan kulit.
Ia adalah manifestasi bagaimana pengalaman seorang jemaah, penyelidikan saintifik Malaysia dan prinsip Syariah dapat digabungkan untuk menghasilkan penyelesaian yang memberi manfaat kepada jutaan umat Islam.
Setiap tahun, jutaan umat Islam membuat persediaan dari segi rohani, fizikal dan kewangan untuk menunaikan Umrah dan Haji. Namun, ramai yang terlepas pandang salah satu organ yang paling terdedah semasa ibadah tersebut, iaitu kulit.
Rehla dicipta untuk memastikan setiap jemaah dapat beribadah dengan selesa tanpa perlu risau tentang kulit kering, tumit merekah, kerengsaan kulit atau keraguan terhadap produk yang digunakan semasa berada dalam ihram.
Kerana Umrah dan Haji merupakan perjalanan seumur hidup yang amat bermakna, penjagaan kulit anda juga perlu dipersiapkan dengan teliti sebagaimana anda membuat persediaan untuk ibadah.
Rehla – Meningkatkan Pengalaman Ibadah Umrah dan Haji Melalui Gabungan Iman dan Sains.
Penjagaan Kulit Umrah dan Haji yang Dipercayai untuk Setiap Perjalanan Jemaah.
Menjadi peneraju global dalam produk penjagaan diri profesional yang halal.
Bertujuan untuk menghasilkan rangkaian produk penjagaan diri yang selamat secara dermatologi, bebas daripada bahan kimia keras, dan mematuhi syariah
Untuk menyediakan rangkaian produk penjagaan diri yang premium dan halal.
Untuk membantu menjana ekonomi negara dengan menyediakan peluang perniagaan serta pembangunan.
Dapatkan BAUCER Istimewa
Gunakan kod di atas untuk mendapatkan diskaun bagi pesanan pertama anda semasa membuat pembayaran.
You may check out all the available products and buy some in the shop
Return to shop