Elementor #9829

BLOG (NEW) 800X600PX

Mengapa Kita Perlu Melembapkan Kulit Setiap Hari?

Cuaca Tanah Suci Kering. Kulit Anda Dah Bersedia?

Anda baru selesai berwuduk untuk solat di masjid tapi kulit muka dah kering dan kusam? Air wuduk masih menitis di wajah, tetapi kulit mula terasa ketat. Muka nampak lesu, kering dan kusam, dan bibir pecah serta perit setiap kali berdoa.

Ini perkara biasa dalam kalangan Jemaah umrah dan haji. Sepanjang tawaf dan saie, anda akan berjalan di luar yang panas dan kering, lalu Kembali ke bilik hotel yang beraircond, kemudian berwuduk beberapa kali sehari. Ulang-alik ini membuatkan kulit sentiasa kehilangan air dan kurang lembap

Ramai bakal Jemaah beranggapan penjagaan kulit ini tidak penting pun ketika beribadah atau bimbang produk akan menggangu ibadah mereka. Kalau kulit tanpa kelembapan yang mencukupi, boleh menjadi kering, tegang, kemerahan dan kusam, lalu menjejaskan keselesaan dan fokus anda.

Sebab itulah pelembap yang sesuai, sebagai sebahagian daripada skincare umrah haji, menjadi langkah penting untuk menjaga kulit sepanjang berada di Mekah dan Madinah.

Skincare for Umrah Hajj
testimoni-rehla-5-pillars

5 Sebab Anda Perlu
Melembapkan Kulit Setiap Hari Ketika Umrah & Haji

1)
Menggantikan Kelembapan Yang Hilang

Udara
di Tanah Suci terkenal kering, ditambah dengan penghawa dingin dan suhu panas.
Kulit kehilangan air sepanjang hari, jadi kelembapan perlu diganti setiap hari,
bukan sekali-sekala.

2)
Membina Semula & Melindungi Skin Barrier

Lapisan
pelindung kulit atau skin barrier berfungsi mengekalkan kelembapan dan
melindungi kulit daripada faktor persekitaran. Apabila terdedah kepada udara
kering secara berterusan, lapisan ini boleh menjadi lemah. Pelembap membantu
mengunci air di dalam kulit.

3)
Mengurangkan Kulit Kasar, Tegang dan Mudah Iritasi

Kulit
yang cukup lembap kekal lembut dan anjal. Apabila kulit kehilangan kelembapan,
ia menjadi lebih kasar, kusam dan mudah mengalami iritasi.

4)
Menjadi Asas Sebelum Sunscreen

Cuaca
kering tidak menghalang sinaran UV. Kulit yang lembap memberi lapisan asas yang
selesa sebelum anda memakai pelindung matahari untuk menangkis sinaran UVA dan
UVB.

5)
Memberikan Keselesaan Sepanjang Beribadah

Kulit
yang sihat dan terlindung membolehkan anda menjalankan ibadah dengan lebih
selesa tanpa gangguan akibat kulit tegang, kering atau pedih. Oleh sebab itu,
melembapkan kulit bukan sekadar rutin kecantikan, malah salah satu persediaan
penting sebelum berangkat ke Tanah Suci.


Apa Berlaku Jika Tidak Melembapkan Kulit?

Ramai beranggapan bahawa melembapkan kulit hanya penting untuk mereka yang berkulit kering. Namun ketika umrah dan haji, kulit terdedah kepada cuaca kering dan panas hampir setiap hari. Jika tidak dilindungi, antara masalah yang mungkin berlaku ialah:

  • Kulit terasa tegang dan ketat, terutamanya selepas berwuduk atau mencuci muka.
  • Kulit menjadi kusam, kasar dan tidak sekata.
  • Kulit mudah merah dan pedih.
  • Skin barrier menjadi lemah dan kulit mudah mengalami iritasi.

Semua ini boleh menjejaskan keselesaan dan kekhusyukan sepanjang berada di Tanah Suci.

Cara Melembapkan Kulit Ketika Umrah & Haji

Selain minum air yang mencukupi dan mencari kawasan yang redup , anda haruslah melembapkan kulit setiap hari. Berikut ialah beberapa tip yang boleh diamalkan:

·       Sapukan pelembap selepas mencuci muka dan selepas serum, ketika kulit masih segar.

·       Sapu skincare anda dua kali sehari, pagi sebelum keluar dari hotel dan malam sebelum tidur.

·       Pada waktu siang, akhiri dengan sunscreen sebelum keluar ke dataran masjid.

·       Jangan lupa bibir dan tumit. Gunakan lip balm dan krim untuk kawasan yang kering atau merekah.

·       Gunakan skincare umrah haji yang ringan, selesa dan sesuai digunakan dalam cuaca panas dan kering.

Dengan rutin yang betul, anda dapat menjalani ibadah dengan lebih selesa tanpa gangguan akibat masalah kulit.

Rehla Ultra Hydrating Moisturiser: Solusi Kelembapan Kulit Ketika Umrah & Haji

Bagi jemaah yang mencari pelembap muka umrah haji yang ringan dan selesa untuk kegunaan harian sepanjang berada di Tanah Suci, Rehla Ultra Hydrating Moisturiser merupakan pilihan yang praktikal.

Pelembap muka berasaskan air ini membantu menghidrasi kulit serta menggantikan dan mengekalkan kelembapan pada lapisan kulit. Teksturnya ringan dan cepat menyerap tanpa meninggalkan rasa segar tanpa rasa berminyak atau melekit.

Kenapa Pilih Rehla Ultra Hydrating Moisturiser?

Kelembapan sahaja tidak mencukupi apabila memilih pelembap untuk dibawa ke Tanah Suci. Formulasi produk dan keyakinan terhadap kandungannya juga memainkan peranan penting.

Niacinamide & Ceramide

Niacinamide membantu mencerahkan kulit kusam dan mengurangkan kemerahan. Ceramide pula menguatkan lapisan pelindung kulit dan membantu mengekalkan kelembapan.

Ekstrak Chamomile & Minyak Gelam (Melaleuca Cajuputi)

Ekstrak chamomile membantu menenangkan kulit sensitif dan mengurangkan kemerahan. Minyak daun gelam pula kaya dengan sifat antimikrob, antioksidan dan anti-radang, dan dihasilkan menggunakan teknologi nanovesikel.

Tekstur Ringan & Selesa Dipakai Setiap Hari

Pelembap yang terlalu berminyak atau melekit sering membuatkan ramai kurang selesa, lebih-lebih lagi dalam cuaca panas. Rehla Ultra Hydrating Moisturiser berasaskan air dengan tekstur lembut seperti mentega yang cepat menyerap.

Bebas Wangian & Alkohol, Mesra Ihram

Salah satu larangan Ihram ialah menggunakan produk berwangian kuat pada badan, dan pelanggarannya boleh mengenakan dam. Formulasi Rehla bebas wangian dan alkohol, supaya jemaah boleh menggunakannya tanpa rasa was-was.

Sesuai Untuk Siapa?

Rehla Ultra Hydrating Moisturiser sesuai untuk semua jenis kulit sehingga kulit sensitif. Ia sesuai untuk:

  • Jemaah umrah dan haji yang mahukan pelembap harian yang halal, mesra wuduk dan mesra solat.
  • Pemilik kulit sensitif yang mudah tidak selesa dengan produk berwangian atau beralkohol.
  • Sesiapa yang mahukan penjagaan kulit halal yang bersih untuk kegunaan harian di Malaysia.

Disahkan, Diiktiraf Dan Dikaji

·       Diiktiraf Oleh MOSTI

Rehla bukan sekadar jenama penjagaan kulit biasa. Produknya mendapat pengiktirafan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui pensijilan MySTI, yang menunjukkan formulasinya dibangunkan berasaskan penyelidikan dan inovasi.

 

·       Dibangunkan Melalui Penyelidikan Pakar Universiti

Rehla dibangunkan melalui penyelidikan oleh Profesor Madya Dr. Mohd Zul Helmi bin Rozaini dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), dengan Prof. Madya Dr. Jamalluddin Hashim dari UNISZA sebagai penasihat Syariah.

 

·       Disahkan Halal Oleh JAKIM

Bagi umat Islam, memilih produk yang mempunyai pensijilan halal memberi ketenangan ketika menggunakannya. Rehla disahkan Halal oleh JAKIM dan turut diiktiraf sebagai Sahabat Korporat oleh Lembaga Tabung Haji.

 

Sesuai Sebagai Skincare Umrah Haji

Rehla Ultra Hydrating Moisturiser sesuai dijadikan pilihan kerana:

·       Pelembap berasaskan air, ringan dan cepat menyerap

·       Mengandungi Niacinamide, Ceramide dan ekstrak Chamomile

·       Bebas wangian dan alkohol

·       Skincare halal yang disahkan JAKIM

·        Mesra Ihram

·       Sesuai untuk semua jenis kulit sehingga kulit sensitive

·       Diiktiraf MOSTI

KESIMPULAN

Kulit kering dan kusam tidak perlu menjadi sebahagian daripada pengalaman umrah atau haji. Melembapkan kulit setiap hari membantu kulit kekal lembut dan selesa walaupun udara Tanah Suci kering dan panas. Pilihlah pelembap yang ringan dan mesra Ihram seperti Rehla Ultra Hydrating Moisturise supaya anda boleh memberi tumpuan kepada ibadah dan bukan kepada kulit yang pedih.



Shop
Search
Account
0 Wishlist
0 Cart
Shopping Cart

Your cart is empty

You may check out all the available products and buy some in the shop

Return to shop