Skincare mesra ihram ialah produk penjagaan diri yang diformulasi dengan mengambil kira keperluan jemaah dalam ihram. Produk REHLA berasaskan air (water-based), tanpa pewangi tiruan atau sintetik, bebas alkohol mengikut spesifikasi formulasi, dan bersijil Halal JAKIM. Penggunaan produk ketika ihram tetap perlu mematuhi hukum syarak, termasuk larangan berkaitan wangian. Baca panduan skincare mesra ihram.
Produk REHLA diformulasi tanpa pewangi tiruan atau sintetik (No Added Artificial or Synthetic Fragrance). Sesetengah produk mungkin mempunyai bau semula jadi yang ringan daripada bahan aktif botani seperti Melaleuca Cajuputi (Gelam Putih). Bau semula jadi bahan botani tidak bermaksud produk mengandungi pewangi tiruan.
Mesra wuduk bermaksud produk REHLA berasaskan air, ringan dan mudah dicuci sebelum berwuduk. Namun, berwuduk dengan sempurna tetap wajib. Pastikan tiada sisa atau lapisan produk yang menghalang air sampai ke kulit.
Ya. Produk REHLA bersijil Halal JAKIM, bernotifikasi KKM (NPRA), mendapat pengiktirafan MySTI dan dibangunkan melalui kerjasama penyelidikan dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Lihat pensijilan dan penyelidikan REHLA.
Boleh. REHLA Hybrid UV Defense SPF50 PA+++ diformulasi tanpa pewangi tambahan dan tanpa alkohol mengikut spesifikasi produk. Ia berasaskan air, non-comedogenic, dan mengandungi Multi-Ceramide Complex, Multi-Hyaluronic Acid serta CICA untuk membantu melindungi kulit daripada sinaran UV dan kekeringan di Makkah dan Madinah.
Cuaca di Makkah dan Madinah panas dan sangat kering. Ditambah kerap berwuduk dan lama di bawah matahari, kulit cepat hilang kelembapan. Bersihkan dengan lembut, lembapkan setiap hari dan lindungi dengan sunscreen. Baca punca dan cara mengatasinya.
Rutin asas: pencuci muka, pelembap, sunscreen SPF50, lip balm dan bath wipes untuk kekal bersih bila air terhad. Set lengkap skincare dan bodycare juga tersedia. Lihat senarai barang wajib bawa.
Secara online di rehlaofficial.com, atau melalui rakan niaga dan agensi umrah yang disenaraikan di halaman Distributors.